Disney Branded Television
Disney Branded Television

Disney Branded Television

ABC Cable Networks Group, Inc., menjalankan perniagaan sebagai Disney Branded Television[1] (dahulu Disney Channels Worldwide), ialah anak syarikat Disney General Entertainment Content (untuk unit A.S.) dan pembahagian Operasi Antarabangsa (unit antarabangsa) The Walt Disney Company. Disney Channels Worldwide memantau rangkaian televisyen Disney sehingga penyusunan segmen Walt Disney Direct-to-Consumer & International pada 14 Mac 2018, apabila syarikat itu disusun kepada dua.Unit A.S. diketuai oleh Presiden/CCO Gary Marsh dan bertangungjawab untuk operasi kreatif rancangan asal Disney Channel, Disney XD, Disney Junior, dan Disney+. Selain itu, Disney Branded Television juga memiliki dan mengendalikan Disney Television Animation dan It's a Laugh Productions. Pengurusan kewangan rangkaian dipantau di Disney Media and Entertainment Distribution.Unit antarabangsa mengendalikan pelbagai saluran TV berorientasikan kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia, termasuk kepelbagaian saluran TV A.S. termasuk Disney International HD, Dlife, dan Hungama TV.Disney Channel asalnya ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1983 sebagai saluran premium dan telah beralih kepada perkhidmatan asas; selain itu, rancangan-rancangan Disney Channel juga berkembang ke peringkat antarabangsa dengan pelancaran pelbagai versi serantau saluran, dan juga perjanjian perlesenan rancangan yang dicapai bersama rangkaian televisyen yang tidak berkaitan dengan Disney Channel.Nama korporat terdahulu syarikat ialah: Walt Disney Entertainment, Inc. (1982–1983), The Disney Channel, Inc. (1983–1997), Disney Channel, Inc. (1997–2001).

Disney Branded Television

Pemilik The Walt Disney Company
Industri Hiburan
Tempat dibekalkan Seluruh dunia (kecuali Cuba, Croatia, Serbia, Slovenia, Iran, Syria, Sudan, Mongolia, Korea Utara dan United Kingdom)
Bilangan kawasan 37
Nama dahulu
  • Walt Disney Entertainment, Inc. (1982–1983)
  • The Disney Channel, Inc. (1983–1997)
  • Disney Channel, Inc. (1997–2001)
  • ABC Cable Networks Group (2001–2005; dagangan)
  • Disney Channels Worldwide (2005–2020)
Laman web rasmi www.dgepress.com/disneychannel/
Anak syarikat It's a Laugh Productions
Induk Disney General Entertainment Content
Perancang utama Gary Marsh (Presiden, CCO)
Ibu pejabat Burbank, California, Amerika Syarikat
Pengasas Alan Wagner
Ditubuhkan 15 Julai 1982; 38 tahun yang lalu (1982-07-15)
Genre Kanak-kanak dan keluarga
Pembahagian
Jenis Anak syarikat
Perkhidmatan Kandungan televisyen
Nama perdagangan Disney Branded Television